9/30/2014

Perbandingan antara Perodua Axia Auto,SE Manual, Standard G dan E


Selepas pelbagai hebahan dan promosi Perodua Axia akhirnya telah dilancarkan secara rasmi pada 15 September 2014 @ 9PM serentak di Perodua Showroom seluruh Malaysia. Kereta cekap tenaga pertama (EEV) negara itu mencatat rekod buat Perodua apabila menerima tempahan tertinggi sebanyak 13,500 unit. Sambutan terus meningkat apabila khabarnya tempahan kereta segmen A ini sudah pun melebihi 18,000 unit.

Semasa pengumuman indikasi harga oleh Perodua kira-kira sebulan yang lalu, pasaran menjadi riuh dek kerana tanda harga yang rendah iaitu sekitar RM26k. Untuk mereka yang mengikuti rapat dunia automotif, harga tersebut bukanlah perkara baharu kerana Perodua Viva BX 660 MT Solid dijual pada harga RM23,650.90 (Sabah). Secara perbandingan terus, Perodua Viva bersesaran 1.0 liter transmisi manual dan automatik dipasarkan dari harga RM31,200.90 hingga RM38,502.50 manakala Perodua Axia 1.0 Standard E Manual pula dijual pada harga RM26,800. Perbandingan mudah ialah Axia 1.0 liter dijual sekitar RM5 ribu hingga RM8 ribu lebih rendah daripada Viva dengan sesaran enjin sama di mana pengurangan harga dan penjimatan yang berjaya dilakukan Perodua boleh dipuji dan mengagumkan.

Varian Mana Yang Patut Saya Pilih?
Strategi pemasaran dengan berbilang varian dan harga kadang kala boleh mengelirukan. Terdapat harga yang murah tetapi tiada pula spesifikasi yang kita mahukan. Ada yang ingin berjimat dengan memilih varian pertengahan tetapi selepas dibuat kira-kira, beza ansuran bulanan tidak signifikan berbanding varian paling premium. Jadi yang mana satu hendak kita pilih? Di bawah ialah perbandingan mudah di antara varian Perodua Axia.


Perodua Axia Advance Automatik
Perodua Axia Advance 1.0 Automatik Solid dijual pada harga RM44,070. Varian yang paling premium dengan kemudahan dan aksesori lengkap seperti:

1. Stereng kuasa elektronik (EPS)
2. Lampu meter iluminasi merah dan paparan meter pelbagai info
3. Lampu projektor & lampu kabus
4. Lampu belakang dan brek ketiga LED
5. Kit badan
6. Roda aluminium 14 inci
7. Filem cermin penebat haba dan keselamatan
8. Kerusi separa bucket dan stereng balutan kulit
9. Cangkuk anti ragut pada kerusi depan
10. Tingkap kuasa depan dan belakang
11. Cermin sisi automatik boleh lipat dengan lampu indikator
12. Sensor undur dan depan
13. Sistem multimedia dengan navigasi.
14. Dua beg udara, ABS dengan EBD dan BA.

Perodua Axia SE Manual dan Automatik
Perodua Axia SE 1.0 Manual Solid dijual pada harga RM36,800 dan RM39,800 untuk Axia SE 1.0 Automatik. Varian pertengahan ini mempunyai aksesori yang hampir sama dengan Axia Advance kecuali sistem multimedia dengan navigasi, kerusi dan stereng balutan kulit dan suis kawalan audio pada stereng.

Perodua Axia Standard G Manual dan Automatik
Perodua Axia Standard G 1.0 Manual Solid dijual pada harga RM29,800 dan RM32,800 untuk Axia Standard G 1.0 Automatik. Kedua-dua varian ini mempunyai perbezaan ketara dari segi aksesori standard seperti lampu utama halogen, kerusi depan standard dengan balutan fabrik, pemain cakera padat tanpa sambungan bluetooth dan kemasan kulit pintu tanpa fabrik. Axia Standard G juga hadir tanpa lampu kabus, kit badan, sensor depan, filem cermin penebat haba dan keselamatan dan paling ketara ialah sistem keselamatan ABS dengan EBD dan BA. Menarik dan juga aneh, Perodua memasang cermin sisi boleh lipat automatik tetapi tanpa lampu signal seperti dua varian teratas.

Perodua Axia Standard E Manual
Perodua Axia Standard E 1.0 Manual Solid dijual pada harga RM26,540.00. Varian yang menarik dan menggegarkan pasaran ini hadir tanpa aksesori utama. Anda bayar apa yang anda dapat. Axia Standard E dijual tanpa sejumlah kemudahan dan aksesori seperti cermin sisi automatik, roda aluminium, penggilap dan penghilang kabus cermin belakang, kit badan, filem cermin penebat haba dan keselamatan, sistem keselamatan ABS dengan EBD dan BA. Walaupun tanpa pelbagai kelengkapan dan aksesori utama, Perodua membekalkan tingkap kuasa untuk kesemua varian Axia termasuklah yang paling asas ini.


Berikut adalah ringkasan di antara kemudahan dan aksesori Axia Standard E Manual:
1. Stereng kuasa elektronik (EPS)
2. Lampu meter iluminasi merah Lampu meter amber dan paparan meter pelbagai info
3. Lampu  projektor & lampu kabus halogen
4. Lampu belakang dan brek ketiga LED
5. Kit badan
6. Rim aluminium 14 inci Rim besi
7. Filem cermin penebat haba dan keselamatan
8. Kerusi separa bucket dan stereng balutan kulit Kerusi standard balutan fabrik tanpa larasan naik dan turun
9. Cangkuk anti ragut pada kerusi depan
10. Tingkap kuasa depan dan belakang
11. Cermin sisi automatik boleh lipat dengan lampu indikator
12. Sensor undur dan depan
13. Sistem multimedia dengan navigasi.
14. Dua beg udara, ABS dengan EBD dan BA.
15. Penggilap cermin dan penghilang kabus cermin belakang
16. Sistem penggera, kunci berpusat

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Daisy- 016 8473390
FB - Daisy Perodua Sabah
Email : amiradora@gmail.com

No comments:

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Daisy Perodua Sabah |Template Edited by sHaRiNa eLyaNa